SUMBANGAN ALLAHYARHAM CIKGU BADEK RUZAMAN DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN
Tabung Kecemasan

SUMBANGAN ALLAHYARHAM CIKGU BADEK RUZAMAN DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN

02/10/2026 - 16/10/2026 (0 hari lagi)

Dana Terkumpul
RM315.00
Penyumbang: 20 Dana Keluar: RM0.00
TABUNG INI TELAH DITUTUP
Share pada komuniti/whatsapp group anda :
Whatsapp
Uploaded Image

🤲Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dunia persilatan tanah air kehilangan seorang tokoh yang amat disegani dengan pemergian Allahyarham Cikgu Badek Ruzaman, putera kepada pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada seluruh warga Gayong dan pencinta seni bela diri Melayu.

🕊️ Sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah jemu menabur bakti, masa dan tenaga demi memelihara serta mempertahankan keaslian warisan seni bela diri bangsa. Ilmu dan teladan yang ditinggalkannya akan terus hidup dalam diri anak-anak murid yang pernah dididiknya.

💚 Sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan beliau, kempen ini dilancarkan untuk mengumpul Sumbangan Khairat Kematian bagi:
✅ Meringankan beban pengurusan
✅ Menyalurkan bantuan kebajikan terus kepada keluarga waris yang ditinggalkan

🤝 Setiap ringgit yang dihulurkan bukan sekadar sumbangan kewangan, tetapi lambang solidariti, kasih sayang dan penghormatan terakhir kita kepada seorang guru yang amat dihormati. Semoga sumbangan ikhlas ini menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir buat Allahyarham.

Pihak eGayong telah berurusan dengan anakandanya arwah Cg Badek iaitu Nadya binti Badek Ruzaman untuk melancarkan TABUNG SUMBANGAN INI.

✨ Marilah kita bersama-sama meringankan ujian yang sedang dihadapi oleh keluarga beliau.

Al-Fatihah. 🤲


Penderma

03/10/2026 09:23 AM

RM10.00
Inas Mahierah Binti Mohd Aizal

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Cikgu Badek Ruzaman.

03/10/2026 09:07 AM

RM30.00
Penderma

03/10/2026 08:48 AM

RM20.00
Ahmad Sabri bin Ishak

Semoga ilmu silat gayong terus mengirimkan pahala kepada arwah.

03/10/2026 08:47 AM

RM20.00
Ciknie

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah untuk ahli keluarga

03/10/2026 08:35 AM

RM10.00
Penderma

Takziah

03/10/2026 08:24 AM

RM5.00
Penderma

03/10/2026 08:24 AM

RM20.00
Muhammad Syahir

03/10/2026 08:10 AM

RM30.00
MUHAMAD ANIQ SIRKHAN BIN RAMZAINURI KPM-Murid

03/10/2026 05:47 AM

RM10.00
Penderma

Didoakan agar roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

02/10/2026 11:28 PM

RM20.00

No results found.