Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
Pusat Kejurulatihan Bertauliah
SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN GAYONG (SPKG)
1.0 PENGENALAN
Kepimpinan Akademi Kejurulatihan Malaysia (AKM) telah diserahkan secara rasminya dibawah pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN) dari Majlis Eksekutif Gayong (MEGA) yang beroperasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2023.
Akademi Kejurulatihan Malaysia (AKM) telah mewujudkan satu Skim Pensijilan Kejurulatihan Gayong (SPKG) bagi memberi pendidikan formal di dalam bidang kejurulatihan Institut Silat Seni Gayong. Skim ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap I, II dan III. Setiap tahap mengandungi komponen berikut :
Di bawah bimbingan dan nasihat Ahli Senat ISG Unit Pembangunan Kejurulatihan Gayong (PKG), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di dalam Tadbir Urus ISG. Antaranya adalah Kelulusan ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 yang memperlihatkan perlu adanya satu skim gaji dan elaun yang menarik bagi jurulatih ISG yang ingin menceburi bidang kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan.
Dalam masa yang sama Bahagian Kejurulatihan juga membangunkan Sistem Pelesenan Kejurulatihan Gayong (PKG) bagi memastikan jurulatih yang mempunyai kelulusan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Gayong (SPKG) dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada Skim Pekerjaan tersebut. Konsep Sistem Perlesenan Kejurulatihan Gayong ini telah diperkenalkan kepada semua Institut Silat Seni Gayong dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah masanya dilaksanakan supaya semua jurulatih yang bertauliah di dalam Tadbir Urus ISG ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.