Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengkeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengkeras ini adalah hak Mahaguru/warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru atau Wakil Mahaguru dangan muridnya.
Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah Perlimau Sintuk Tapak bagi pelatih lelaki dan Perlimau Sintuk Seni bagi pelatih wanita. Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar (berwuduk). Pengkeras yang dikenakan adalah seperti berikut:
Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita:
Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan - tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab.
Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.
Mandi minyak adalah upacara tahunan Silat Seni Gayong ataupun upacara khas yang pelaksanaannya tertakluk kepada keizinan Mahaguru/Pemegang Amanah Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Upacara mandi minyak ini mesti diadakan di hadapan Mahaguru sendiri atau wakil mutlaknya.
Menghadap bertapak dilakukan semasa:
Caranya:
Langkah maju/undur mestilah didahului dengan gerakan kaki kanan disertai angka kiraan (mengikut darjat). Di akhir kiraan mestilah berhenti dengan kaki kanan juga, lalu disusuli dengan duduk berlutut. Ini diikuti dengan kedua tapak tangan dirapatkan dan diacukan ke hadapan kepada yang berkenaan (mengikut darjat) dengan sembah(hormat).
(a)Mengikut darjat bermaksud di antara:
(b)Duduk berlutut pada ahli silat: