TAHUKAH ANDA ANTARA TARIKH UTAMA PERKEMBANGAN GAYONG DALAM NEGARA.
TAHUN 1915
- Seorang bayi telah dilahirkan pada 17 Ogos 1915 di Kampung Taman Tasek, Air Kuning, Perak yang bakal MEMACU KEMAJUAN SILAT di Tanah Air. Bayi tersebut diberikan nama Meor Abdul Hamid yang kemudian di ubah kepada Meor Abdul Rahman.
TAHUN 1927
- Meor Abdul Rahman pada usia 12 tahun telah mempelajari Silat Seni Sendi Harimau dari Datuk beliau (sebelah ibu) yang bernama Tuan Syed Zainal Abidin Al-Attas yang ketika itu berusia 120 tahun.
TAHUN 1936.
- Pertama kali Silat Seni Gayong di zahirkan dan di uji di hadapan DYMM Sultan Perak iaitu Sultan Alang Iskandar di Manong dan menyembah taat setia yang kemudian Tuanku Sultan Perak berkenaan mengelarkan Rahman Sendo. Baginda juga memperkenankan untuk mengambil Meor Abdul Rahman sebagai anak angkat baginda dan tinggal di Istana Negeri Perak.
TAHUN 1939
- Meor Rahman menewaskan Jurulatih TTS (Kombat) Royal Signal Corps kemudian mengantikan jurulatih yang berasal dari Hong Kong sebagai Jurulatih Kombat Royal Signal Corps baru. Ketika ini Meor Rahman memperkenalkan Ilmu Kepahlawanan Gayong melalui branding Super Combat Seni Gayong (Di sini tercetusnya Program Pengajian Pensijilan Badan Berunifrom Briged Gayong Malaysia). Super Combat Seni Gayong mula berkembang di dalam Pasukan Tentera British yang berpengkalan di Singapura. Pada ketika ini Meor Rahman membuat Revolusi Gayong 1.0 (Silat Seni Sendi Harimau ke Silat Seni Gayong).
TAHUN 1942
- Ketika pecahnya Perang Dunia Kedua maka Meor Rahman mula memperturunkan Ilmu Kepahlawanan Gayong dengan rasmi buat pertama kali berserta adat istiadat penuh Silat Seni Gayong sebagai penerimaan Anak Gayong melalui Perlimau Sintuk di Pulau Sudong, Singapura. Seramai 7 orang Anak Gayong yang terlibat dalam misi mempertahankan negara melalui Ilmu Gayong. Di sini tempat mulanya Silat Seni Gayong berkembang secara meluas. Kemudian Silat Seni Gayong berkembang dalam Pasukan Polis (CID) Singapura.
TAHUN 1957
- Penubuhan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong yang pertama secara rasmi di Tanah Melayu yang menggunakan nama Sekolah Seni Gayong atau Seni Gayong of School atau Institut Seni Gayong atau Silat Seni Gayong of Institute yang bertapak di kediaman beliau No. 3- A, lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Institut ini didaftarkan secara sah atas Pendaftaran Sekolah dengan SCHOOL REG : 40013 kemudian menganjurkan Program Pengajian Pensijilan dan Diploma Seni Gayong pada tahun 1961. Usaha hebat ini adalah nilai sejarah negara yang sangat bernilai. Ini kerana satu-satunya Badan Silat Melayu yang berjaya mencipta kemajuan dalam bidang persilatan dunia. Di sini bermulanya memperkasakan semula usaha Mahaguru Gayong yang digerakkan oleh Institut Silat Seni Gayong (ISG) 2.0 dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Kursus Kokurikulum Berkredit UKU10502 Teras Badan Berunifrom.
TAHUN 1963
- Setelah Silat Seni Gayong mendapat tempat dalam negara dan di hati rakyat dan juga pemimpin maka Dato' Onn Jaafar menasihati Meor Abdul Rahman agar didaftarkan secara sah sebagai sebuah NGO. Ini kerana pergerakkan Silat Seni Gayong akan lebih berkembang pesat dengan kaedah ini dan senang untuk mendapat sokongan dan bantuan dari kerajaan serta ahli politik negara pada masa itu. Penubuhan Silat Seni Gayong diluluskan dengan No. Pendaftaran 361 yang berdaftar di Johor Baharu. Menjadikan Silat Seni Gayong sebagai Silat Melayu yang pertama berdaftar di Tanah Melayu dan mempunyai keahlian melebihi 700 ribu anak Gayong ketika itu.
TAHUN 1964
- Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong kemudian berpindah ke Kota Sarang Semut, Kedah. Pada tahun ini juga KDYMM Tuanku Sultan Kedah memperkenankan Meor Rahman dengan gelaran Mahaguru Silat Seni Gayong.
TAHUN 1971
- Pada tahun ini menjadi penanda aras kepada ERA KEMUNCAK KEGEMILANGAN SILAT SENI GAYONG dalam negara yang mana Mahaguru Silat Seni Gayong dan Pasukannya banyak mencapai kejayaaan demi kejayaan serta sokongan padu dari Kerajaan, Institusi Raja-Raja Melayu. Pemimpin dan Pejuang Negarawan serta Rakyat. Kursus Kejurulatihan Silat Seni Gayong berjaya di anjurkan oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pada tahun ini juga Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong berpindah ke Air Kuning, Taiping, Perak. Satu pusat latihan yang lengkap dengan kemudahan Balai Adat, Asrama Lelaki dan Perempuan serta Gelanggang Latihan Berpusat berjaya diwujudkan. Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau (Ke- 3) ini dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, Paduka Sultan Idris Shah yang mana beliau memperkenankan untuk menerima sebagai Penaung Agong Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau dengan gelaran Sang Sa Purba Negara dengan Sandang Kebesaran Gayong iaitu Sri Tri Buana Chula Sakti Purba Negara. Manakala Mahaguru Meor Abdul Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato' Paduka Chura Simanjakini (DPCM) oleh Tuanku Sultan Perak yang membawa gelaran Dato' kepada Mahaguru.
TAHUN 1975
- Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman dalam satu sesi temuramah Majalah Dewan Masyarakat berkata yang mana beliau BERCITA-CITA dan BERIMPIAN untuk menjadikan Silat Seni Gayong menjadi sebuah Pasukan Pertahanan Negara jika diperlukan oleh Kerajaan. Yang mana pasukan tersebut akan sentiasa BERSIAP SEDIA menunggu TITAH PERINTAH dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang D-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Pemerintah Negara. Kalau negeri ini mendapat bencana dan KHIDMAT Silat Seni Gayong diperlukan maka kami (Pasukan Khas ini) sedia BERKHIDMAT Negara. Hasrat ini juga tercatat di dalam MINIT MESYUARAT AGONG PSSGM pada tahun 1975.
TAHUN 1991
- Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman kembali kerahmatullah pada 23 Jun 1991 dan dimakankan di tanah perkuburan perkarangan Masjid Lama, Taiping, Perak.
TAHUN 2006
- School of Seni Gayong kembali dikaji dan diselidik oleh Akademi Latihan Gayong (ALG) yang berpusat di Lot 123, Bangunan Depan Petronas Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
TAHUN 2015
- Kajian ini diletak dibawah Majlis Eksekutif Gayong (MEGA)
TAHUN 2017
- Usaha untuk memperkasakan dan menjenamakan semula School of Seni Gayong dengan mengkaji Program Pengajian Silat Seni Gayong Berakademik. Kemudian School of Seni Gayong dengan rasminya menggunakan nama KOMERSIAL seperti sebuah Institusi Pengajian Tinggi iaitu Institut Silat Seni Gayong (Pusat Pengajian ISG Malaysia). ISG 2.0 ini legasi atau kesinambungan atau diadaptasi atau terinspirasi dari Sekolah Seni Gayong atau School of Seni Gayong atau Institute Seni Gayong di Woodlands, Singapura yang pernah ditubuhkan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman pada tahun 1957.
TAHUN 2018
- ISG 2.0 telah mengkaji beberapa PRODUK atau PROGRAM yang berasal dari Silat Seni Gayong dan antara produk tersebut adalah Program Pengajian Pensijilan PASUKAN BERUNIFORM BRIGED GAYONG MALAYSIA. Program ini mendapat sokongan dan kelulusan serta kerjasama dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang kemudian dijadikan Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dibawah Teras Badan Beruniform (BU) setaraf dengan PALAPES, SUKSIS dan SISPA di IPTA.
TAHUN 2022
- ISG akan melaksanakan satu MOU dengan UMK dan akan merealisasikan satu MAJLIS KONVOKENSYEN DIPLOMA EKSEKUTIF GAYONG bagi lulusan Pegawai Briged Gayong Malaysia serta ISTIADAT PENYAMPAIAN WATIKAH dan PENTAULIAHAN PEGAWAI BRIGED GAYONG MALAYSIA UMK yang akan diperkenankan oleh Tuanku Canselor UMK.
In shaa ALLAH aamin....
Panglima Latihan Pasukan Briged Gayong Malaysia (BGM)
01 MAC 2022