Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
TVET MARTIAL ARTS
Program ini berada pada Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) di bawah sektor TVET yang dibangunkan oleh MQA; melayakkan individu yang kompeten dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Martial Arts merupakan satu bidang kemahiran yang berpanduan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Program ini mengiktiraf pelatih, jurulatih serta individu yang terlibat dalam bidang Latihan Seni Beladiri, Koordinasi dan Pembangunan serta Pengurusan Seni Beladiri melalui latihan berstruktur, modul kemahiran, serta sistem pentaksiran rasmi.
Dengan pengiktirafan SKM, Martial Arts (Seni Beladiri) bukan sahaja dilihat sebagai warisan budaya, tetapi juga laluan untuk menyambung pengajian di universiti juga kerjaya profesional dalam industri pendidikan, latihan, keselamatan, kesukanan dan pembangunan insan.
Sasaran Peserta
Program ini terbuka untuk pekerja atau personel yang terlibat dalam aktiviti kemahiran Latihan, Koordinasi dan Pengurusan Seni Beladiri yang berminat untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri.
Yuran Program
Sebagai promosi pengenalan program, yuran bimbingan ditawarkan adalah RM2,999.00 (diskaun RM1,000.00) sahaja tidak termasuk bayaran pendaftaran kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Dan anda juga berpeluang untuk dapatkan persijilan peringkat Diploma selepas dianugerahkan SKM 3 Latihan Seni Beladiri:
Program ini juga didaftarkan di bawah HRDC Claimable Courses. Peserta yang layak boleh membuat tuntutan pembiayaan 100% di bawah skim tersebut.
Kelebihan Program
Diiktiraf Kerajaan & Industri
Berbeza dengan program persijilan bidang Latihan Sebu Beladiri, Koordinasi & Pengurusan Sebi Beladiri di luar sana, program ini berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di mana peserta yang kompeten layak dianugerahkan sijil bertahap Sijil yang diiktiraf Kerajaan & Industri seperti di bawah :

Dan di bawah adalah Diploma Koordinasi Seni Beladiri yang anda boleh dapatkan selepas dianugerah SKM 3 Latihan Seni Beladiri.
SKM 3 Koordinasi Seni Beladiri 
Layak bagi Permohonan Menyambung Pelajaran Peringkat Tertinggi
Bagi mereka yang tidak memiliki kelayakan akademik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diterima layak bagi permohonan pengajian di peringkat Ijazah melalui APEL.A.

📌 Pelepasan Cukai bagi Kursus TVET Martial Arts
Tahukah anda?
Anda boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM2,000.00 untuk yuran kursus peningkatan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
👑 Siapa Kami?
Institut Silat Seni Gayong (ISG)
✅ Perintis Program TVET Martial Arts pertama di Malaysia.
✅ Pusat latihan dan pendidikan berasaskan Sijila Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Seni Beladiri.
✅ Menyediakan laluan kerjaya & pengajian tinggi melalui program TVET.
📍 Berpusat di Kolej Gayong TVET Martial Arts, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan dengan rangkaian di sekolah-sekolah dan universiti seluruh Malaysia.
🌟 Kenapa Wajar Pilih ISG & TVET Martial Arts