Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
PROGRAM LATIHAN DAN KEPIMPINAN BERKESAN
Unit Pengurusan Strategik Pusat Pengajian ISG Malaysia juga menyediakan program-program serta modul dalam latihan pembangunan (pelajar, usahawan dan ahli korporat) dan kursus-kursus kepimpinan yang idea. Pasukan Trainer Profesional ISG sangat berpengalaman dalam industri latihan berimpak tinggi dan kepimpinan idea juga teknik tadbir urus dalam pelbagai industri pembuatan dan perkhidmatan.
ISG yakin dan percaya adalah amat penting untuk menawarkan sokongan jangka panjang kepada peserta kami. Objektif kami adalah untuk membantu peserta kami membentuk dan menubuhkan Sistem Pengurusan yang bukan sahaja releven dengan budaya syarikat pelanggan tetapi juga memenuhi keperluan Operasi Sistem Pengurusan.
INSTITUT SILAT SENI GAYONG (ISG) ATAU PUSAT PENGAJIAN ISG MALAYSIA
Menawarkan beberapa Program Pengajian Pensijilan Silat Seni Gayong Berakademik dan Berkemahiran antaranya :
PROGRAM KEM BINA MOTIVASI, KEPIMPINAN DAN JATI DIRI
Kem Bina Motivasi, Kepimpinan dan Jati Diri adalah Pendidikan Berasaskan Komuniti yang dilaksanakan sebagai program atau aktiviti pendidikan yang diwujudkan bagi membantu komuniti atau masyarakat agar lebih berdaya saing di masa hadapan.
Kem ini merupakan satu usaha untuk membantu murid menguasai beberapa kemahiran asas sosial seperti berkomunikasi dan berinteraksi supaya mereka lebih yakin dan berani untuk mengambil bahagian, memainkan peranan aktif dan bersaing dengan rakan sebaya. Ianya juga mampu membangun diri Murid Cerdas memberi kesedaran dan kefahaman baharu tentang pembangunan diri melalui pengurusan masa, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir secara berkesan dan bermakna.
Modul kami memberi peluang kepada para peserta mengenali diri serta membina keyakinan diri untuk mempercayai kebolehan, bakat, dan keupayaan yang ada pada diri mereka dalam menghadapi alam persekolahan.
PROGRAM PENSIJILAN BRIGED GAYONG MALAYSIA
Sejarah Program Pengajian Pensijilan Dan Diploma Dalam Perkembangan Silat Seni Gayong Dalam Negara.
Almarhum Dato‘ Meor Abdul Rahman mula memperkenalkan Ilmu Kepahlawanan Gayong menerusi Program Super Combat Seni Gayong dalam Tentera British pada tahun 1939 ketika beliau bertugas sebagai Jurulatih Tempur Tanpa Senjata di kem Signal Corp Royal Navy, Singapura dibawah pentadbiran Leftenan Kolonel Pope dan seterusnya dibawa ke pasukan CID (Polis Cawangan Khas) Singapura pada tahun 1947. Kegigihan dan usaha beliau dalam memartabatkan Silat Seni Gayong ke peringkat yang lebih profesional diperkasakan dengan tertubuhnya Sekolah Seni Gayong atau Seni Gayong School atau Institute Seni Gayong of Woodlands bermula semenjak tahun 1957 lagi oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman kemudian beliau mendaftar secara sah mengikut undang-undang negara kerika itu dengan no. pendaftaran 40013, di Singapura.
Antara kehebatan dan pemikiran beliau yang jauh merentasi zaman beliau dengan menawarkan program pensijilan dan diploma sekolah Seni Gayong kepada murid-murid kanan beliau. Ketika itu Singapura adalah pusat pentadbiran Tanah Melayu.
Poster Program Pengajian Pensijilan dan Diploma Silat Seni Gayong Berakademik & Berkemahiran
Pembangunan Jati Diri dan Modal Insan merupakan antara istilah yang popular dalam perbincangan dan perancangan pembangunan pada masa kini. Ia mula diterima secara signifikan dan diperakui sebagai antara tunjang kepada pembangunan perpaduan bangsa, kualiti rakyat, ekonomi dan kemajuan sesebuah negara. Justeru, hal ini akan dibincangkan secara umum berkenaan konsep pembangunan jati diri dan modal insan juga tentang kepentingannya dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan datang menerusi Warisan Bangsa. Maju dan kuatnya sesebuah bangsa bergantung kepada kebudayaan dan pembangunan jati diri bangsa itu sendiri. Silat Seni Gayong bukan sahaja warisan bangsa dan khazanah tanah air tetapi ianya adalah Modul pembangunan Jati Diri dan Modal Insaniah yang sangat bernilai kepada bangsa Malaysia kerana mampu melahirkan anak bangsanya yang berkualiti. Jika melihat sejarah perkembangan silat di tanah air kita, ianya telah mengalami beberapa revolusi agar seiring dengan peredaran zaman semasa.
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, Silat Seni Gayong adalah ilmu kepahlawanan yang diwarisi kepada panglima dan hulubalang istana sahaja bagi melindungi dan mendaulatkan institusi raja-raja Melayu ketika itu. Kemudian selepas kemerdekaan, Silat Seni Gayong telah berubah menjadi modul kokurikulum dalam dasar pendidikan negara kita bagi melengkapkan keseimbangan dalam pendidikan rakyat. Lingkungan kajian Modul Briged Gayong ini (inovasi) melibatkan tujuh aspek bagi menjadikan ianya sebagai Pasukan Beruniform.
Modul Briged Gayong Malaysia juga telah diinovasikan dengan 3 teras utama di bawah kelolaan Institut Silat Seni Gayong sebagai Badan Profesional, dan Akreditasi Silat Seni Gayong Berakademik (Chartered Member). Kejayaan inovasi ini bukan sahaja boleh menaikkan dan mengharumkan nama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam ranking universiti awam malah boleh melahirkan generasi muda yang berkualiti dan berakhlak mulia untuk pembangunan nasional negara. Usaha inovasi ini menfokuskan pada 2 bahagian iaitu Inovasi Pembangunan dasarnya dan juga kaedah penyampaiannya juga diino- vasikan melalui “e-Learning” atau APLICATION SMART SISTEM BGM agar sesuai dengan zaman kemajuan dan teknologi kini serta mengambil adaptasi daripada suasana pandamik yang melanda dunia.