Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
Skim Khairat Keluarga Gayong Tersayang
Pengenalan
Skim Khairat Keluarga Gayong Tersayang ini adalah salah satu inisiatif Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia dengan kerjasama dengan Khalifah Group untuk dijadikan salah satu Sumber Kebajikan Anak-Anak Gayong serta Guru-Guru Gayong yang mendaftar program atau skim ini dan Sekretariat Direktori Komuniti e-Gayong adalah sebagai platform penyebaran maklumat sahaja.
Program atau Kempen Skim Khairat Keluarga Gayong Tersayang (Kairat Kematian) ini diwujudkan untuk memberi bantuan kepada Komuniti Gayong di seluruh Negara yang meninggal dunia. Segala urusan Skim Khairat Keluarga Tersayang ini adalah dibawah tanggungjawab Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia (YKGM) sepenuhnya.
Apa Itu Khairat Kematian? Khairat ini sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan. Maksud khairat kematian ini juga adalah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan. Khairat kematian biasanya diberikan kepada waris si mati. Tujuan utamanya ialah untuk membantu waris dalam urusan pengebumian.
Khairat merangkumi aktiviti memberi sedekah. Tabung khairat kematian selalunya ditubuhkan di semua tempat oleh ahli jawatan kuasa masjid atau surau. Ada juga yang terus melantik wakil untuk mengutip dari ahli kariah dari masa ke semasa mengikut jumlah kematian. Tujuan utamanya ialah untuk pertolongan segera jika ada kariah yang meninggal dunia.
Syarat-syarat :-
2 PAKEJ CARUMAN TAHUNAN :
Ahli Gayong | : RM 30.00 |
Bukan Ahli Gayong | : RM 35.00 |
Faedah Dan Manfaat Skim
Kadar Manfaat Skim Khairat Kematian adalah berkuatkuasa selepas 30 hari Komuniti Gayong mendaftar dan membayar dan terpakai bagi anggota-anggota individu yang meninggal dunia pada tarikh tersebut yang telah disenaraikan.
Manfaat Skim Khairat Kematian layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima bantuan bagi kategori Pasngan dan Isi Rumah yang meninggal dunia di dalam tempoh yang sah mengikut syarat-syarat tersebut.
Manfaat perlindungan yang diberikan adalah seperti berikut: -
Skim Khairat Kematian | Kadar Manfaat |
Pencarum | : RM 2,500.00 |
Pasangan (Isteri/Suami) | : RM 1,500.00 |
Maksima 3 orang anak (Umur 6 bulan - 17 tahun) |
: RM 500.00 *setiap anak |
Waris perlu membawa dokumen berikut:
SEKIRANYA BERMINAT BOLEH ISI GOOGLE FORM SEMENTARA INI TERLEBIH DAHULU
Sila rujuk info maklumat selanjutnya boleh hubungi urusetia dibawah :
(Perkongsian Kenapa Perlu Khairat Kebajikan)
Segala urusan skim ini adalah dibawah tanggungjawab Yayasan Kebajikan Gayong Malaysia sepenuhnya.
SURAT TAWARAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN PENTADBIR SILAT SENI GAYONG
YAYASAN KEBAJIKAN GAYONG MALAYSIA
(PPAB-33/2017)
303, Jalan B8, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Tel : 018-225 9508, 019-206 7671, 012-303 0630