Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
Perintis Program Pembangunan Pengajian Pensijilan Kompetensi Silat Seni Gayong Berakademik dan Berkemahiran
TUAN HAJI MANSOR BIN HAJI OTHMAN
Latabelakang Dalam Seni Bela Diri
Beliau menjadi murid Silat Seni Gayong lebih kurang 30 tahun iaitu semenjak berusia 17 tahun dan kini beliau menyandang Bengkong Hitam 6 dan beliau adalah Yang Dipertua PSSGM Negeri KELANTAN. Beliau pernah mengikuti kursus kejurulatihan di Kg. Pandan pada tahun 1975. Mula membuka Gelanggang Silat Seni Gayong di Machang pada tahun ayang sama. Kini seramai 30 orang anak didiknya telah memengang Bengkong Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti dalam pelbagai tingkat kebolehan.
Secara ringkasnya, penglibatan beliau dalam PSSGM ini agak panjang. Disamping memiliki gelanggang peribadi di rumahnya, beliau juga terlibat secara tidak langsung mendidik anak-anak muridnya dengan ilmu keagamaan. Keseimbangan ukhrawi dan duniawi tidak beliau lupakan. Lantaran, apalah gunanya seseorang itu memiliki ilmu silat yang maha hebat jika peribadi yang dimiliki menjadikan seseorang itu bongkak dan sombong dan tidak memiliki ciri-ciri yang melambangkan seorang ilmuan dalam Seni Silat.
Sesiap yang pernah menimba ilmu persilatan Seni Gayong daripada beliau tentu sekali tidak mampu menafikan bahawa Hj. Mansor tidak pernah membelakang ilmu agama. Boleh dikatakan setiap hari anak-anak muridnya akan diberi pengajaran ilmu agama. Mana yang masih bersekolah pada masa itu, pada waktu pagi mereka akan ke sekolah, pada petangnya mereka akan mendalami ilmu silat dan pada malamnya pula akan diberikan didikan agama. Di belakang rumahnya ada sebuah pondok untuk beliau mengajar kitab-kitab agama. Disamping mengajar Al-Qur’an beliau juga masih menitik beratkan pengetahuan untuk kebatinan samada untuk keseimbangan ilmu persilatan dan juga untuk pengetahuan asas mereka sebagai ahli silat yang sememangnya perlu kepada pengetahuan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kebatinan.
Semua anak murid yang tinggal di pondoknya ditanggung makan dan minum mereka oleh beliau. Kebanyakkan murid Gayong dibawah bimbingannya adalah anak-anak yatim dan miskin. Kini ada diantara mereka telah berjaya dan menjawat jawatan yang besar dalam kerajaan dan ada juga membina perniagaan sendiri. Mereka ini dahulunya dibiayai sepenuhnya persekolahan mereka oleh Hj. Mansor. Mereka yang gagal sekolah kerajaanakan dihantar ke sekolah swasta dengan pembiayaan beliau sendiri.
Sifat dan sikap yang menjadi kebanggaan anak-anak muridnya adalah sikap sabarnya dan tidak gopo-gapah di dalam mengambil keputusan maupun tindakan. Sikapnya yang suka maufakat dan berbincang dari hati ke hati dengan anak-nak muridnya cukup dihargai walaupun dalam satu-satu hal beliau mempunyai kata putus namun atas dasar sifat terbuka beliau masih mahu mendengar pandangan dan pendapat orang lain.
Sewaktu arwah Mahaguru Dato’ Meor masih hidup, beliau juga pernah bersama Dato’ untuk mendalami ilmu persilatan dan arwah Dato’ Meor telah menebalkan sebagai Wakil Mutlak Dato’ Meor untuk mengendali Silat Seni Gayong di KELANTAN.
Diperingkat negeri Kelantan, Hj. Mansor adalah seorang yang disegani dan dihormati oleh perguruan silat yang lain disebabkan sikapnya yang menghormati orang lain dan tidak bermegah dengan segala kebolehan yang dimiliki. Beliau juga seringkali menjadi orang tengah untuk menyelesai masalah yang timbul terutamanya dalam urusan persilatan. Beliau juga merupakan pengasas pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah di negeri Kelantan. Sesuai dengan jawatannya sebagai Pengerusi Teknik Seni Silat Negeri sewaktu beliau masih bertugas sebagai tenaga pengajar (guru) sebelum beliau berhenti secara pilihan dan beliaulah yang menjadi pelapor untuk pertandingan Seni Silat di negeri Kelantan.
Untuk mendapat Bengkong Hitam, beliau juga telah mendalami ilmu Seni Gayong secara insentif melalui Dato’ Meor sendiri sekitar tahun 1977 di Pusat Latihan Tertinggi PSSGM, Air Kuning, Taiping, Perak. Biarpun beliau kini memiliki Bengkong Hitam dalam Seni Gayong, namun untuk membangga diri itu bukan sifat beliau, malah sehingga kini beliau masih lagi mendalami seni bela diri baik Silat Seni Gayong mahupun silat yang lain.
Dalam bidang keagamaan, beliau banyak mendalami ilmu yang berkaitan dengan Fiqh, Tasawuf, dan Usulluddin. Di mana sahaja beliau dapat tahu ada guru-guru yang mursyid maka bekiau akan berguru dengan mereka sehingga tamat pengajian. Bukan setkat itu sahaja, beliau cuba mendalami malah ilmu ketuhanan juga menjadi kegemaran beliau.
Bukan untuk bermegah, Cuma untuk memantapkan diri demi keutuhan dan kesyumulan seorang insan yang menganut agama islam. Di rumah beliau, tersimpan kitab-kitab yang muktabar yang semua kitab ini adalah menjadi sumber rujukan beliau sejak sekian lama. Ramai diantara rakan maupun mereka yang mempunyai kemusykilan berkaitan dengan keagamaan akan berbincang dengan beliau memandangkan beliau juga mempunyai pengetahuan yang agak mendalam berkaitan dengan hal-hal sedemikian. Namun hakikat ini tidak tidak diketahui umum kerana beliau masih dengan sikapnya yang sentiasa merendahkan diri lantaran “ular menyusur akan itu tidak akan hilang bisanya”.
Beliau juga boleh menguasai beberapa kebolehan bahasa terutama Bahasa Inggeris, Cina, dan Arab. Beliau lebih dikenali dengan namanya sekarang iaitu ‘TOK AYAH SOR’ disebabkan personallitinya yang mirip kepada seorang yang berusia dan bersifat keayahan di kalangan anak-anak muridnya. Antara gelaran lain yang sering ditujukan kepada beliau ialah seperti Tok Guru, Pak Imam, Baba, Ustaz, maupun Ayah Aji memandangkan perwatakan beliau lebih mirip kepada gelaran tersebut.
Kebolehan beliau dalam ilmu perubatan tradisional hampir menyamai kebolehan doktor moden dewasa ini Cuma beliau tidak menjalani latihan khusus seperti mana doktor perubatan moden sekarang, namun ilmu beliau terutama dalam perubatan secara tradisional memang diakui oleh para pesakit yang pernah mendapat bantuan daripada beliau. Ilmu perubatan beliau sudah terbukti bukan sahaja di dalam negara malah sudah menular ke peringkat antarabangsa seperti Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia, England, Perancis, Switzerland, Singapura, Arab Saudi, dan Australia.
Tuan Haji Mansor sewaktun zaman persekolahannya juga merupakan seorang aktivis pelajar dan pernah memimpin persatuan pelajar seperti Persatuan Pelajar Institut Pendidikan Kelantan. Zaman persekolahan beliau sesungguhnya terdidik oleh pengalaman kepimpinan yang terpuji.
Di dalam bidang sukan pula, beliau adalah seorang bekas pemain bola sepak negeri kelantan dan poala Razak. Juga merupakan Ahli Majlis Guru Pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris sewaktu menjadi penuntut maktab tersebut. Melalui pengalaman kepimpinan inilah, maka membolehkan beliau berupaya berpidato di kalayak ramai bagi memperjuangkan kebenaran demi untuk kebaikan bersama.