Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
Program Inovasi GayongKidz Yang Di Angkat Ke Pertandingan Malaysia Teacher Prize
(Malaysia Teacher Prize 2023)
DAFTAR : Certification Competency GayongKidz Programme Professional. KLIK link dibawah 👇🏻 :
https://toyyibpay.com/DaftarProgramISG
Program Pengajian Pensijilan Kompetensi GayongKidz
(PROGRAM BERIMPAK TINGGI)
Tentang Kami : GayongKidz atau Program Pengajian Pensijilan Kompetensi GayongKidz merupakan sebuah produk (modul) yang membina kepintaran, kemahiran seni mempertahankan diri, motivasi dan kepimpinan kanak-kanak & remaja berminda lestari dan cergas. Program GayongKidz yang pertama seperti ini di Malaysia secara rasminya bermula sejak tahun 2022 lagi.
Sejarah GayongKidz : Prototaip Sistem Tali Pinggang GayongKidz dibangunkan pada awal tahun 2006 di Akademi Latihan Gayong (ALG), Kok Lanas, Kelantan di zaman YBhg. Tuan Haji Mansor bin Haji Othman, iaitu YDP/Timbalan Imam Khalifah/Wakil Mutlak PSSGM Negeri Kelantan.
Program Pensijilan Kompetensi GayongKidz Profesional dirangka dari MODUL GAYONGTVET yang dibangunkan oleh Institut Silat Seni Gayong (ISG) dibawah Noss ET-015-3:2023 Martial Arts Training, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).
PENCAPAIAN ANUGERAH PERINGKAT ANTARABANGSA 2023
Certification GayongKidz Programme Professional Level 1
✅ Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Apa Itu GayongTVET?
✅ GAYONG adalah Satu Modul Falsafah Pendidikan Bangsa Melayu yang membina Jati Diri anak bangsa untuk menjadi seorang yang berkualiti untuk bangsa.
✅ TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.
TujuanGAYONG TVET diperkenalkan?
TujuanGAYONG TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri Latihan dan Kejurulatihan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Modul dirangka GAYONG TVET dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju pada tahun 2030.
Sepanjang hampir setahun program ini dilaksanakan, kami telah membantu memperkasakan 100 buah keluarga menerusi program premium dan 1,000 orang pelatih GayongKidz kami di seluruh Negeri Kelantan dan Selangor. Kami optimis dalam membimbing kanak-kanak & remaja ke arah menjadi generasi cemerlang duniawi & ukhrawi. Maka gerak kerja kami memfokuskan kepada pembangunan kecemerlangan sahsiah, akademik, jati diri, kecergasan melalui seni beladiri dan komunikasi serta pendigitalan (eLearning).
Maka tidak hairanlah, ramai di antara murid dan pelajar remaja yang telah menyertai GayongKidz, Gayong SuperCombat dan Briged Gayong mengalami transformasi yang mantap dalam pelbagai segi. Malah program berimpak tinggi ini banyak meraih kecemerlangan dalam bentuk pengiktirafan anugerah dalam negara dan luar negara.
Alhamdulillah, kebanyakan alumni kami mengisi saf kepimpinan pelajar apabila mereka berada di sekolah rendah, menengah dan menara gading. Malah ada di kalangan mereka yang mengukir sejarah dan pencapaian di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa. Ikon GayongKidz Adik Ameer Muhaimin & Adik Hud Izzkhan, Ikon Gayong SuperCombat dan Ikon Briged Gayong Malaysia UMK, Saudari Nurul Shafika Zulkifli.
Kini GayongKidz sudah mempunyai cita-cita untuk melebarkan sayapnya ke seluruh negara menerusi webinar dan program maya yang berimpak tinggi pada masa terdekat ini. Institut Silat Seni Gayong (ISG) telah, sedang dan akan terus menjadi tumpuan ibu bapa yang prihatin dan sedar kepentingan membangunkan potensi anak secara holistik. Kebanyakan klien kami adalah ibu bapa dari golongan profesional, usahawan, pemimpin organisasi swasta dan kerajaan serta surirumah yang berfikiran jauh dan berimpian tinggi untuk keperluan persediaan masa depan anak-anak mereka. Impian untuk melihat anak-anak mereka berjaya bukan sekadar di atas kertas tetapi juga hebat di luar kelas. Impian untuk mempunyai anak yang cemerlang duniawi dan ukhrawi menjadi cita-cita murni semua para ibubapa.
PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI (GAYONGKIDZ) UNTUK WUJUDKAN KOMUNITI KANAK-KANAK BERMINDA LESTARIK & CERGAS
INSTITUT SILAT SENI GAYONG (ISG) lihat kepada konsep libat urus komuniti khususnya kesejahteraan kanak- kanak atau ‘community engagement’ yang dijalankan pada hari ini, adalah merujuk kepada proses di mana organisasi dan individu membina secara berterusan hubungan melalui kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Program itu merupakan anjuran bersama Institut Silat Seni Gayong, dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pasukan Beruniform Siswazah Briged Gayong Malaysia, (BGM UMK), dengan kerjasama Akademi Latihan Gayong (ALG).
Alhamdulillah negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, rakyat perlu sedar secara realiti bahawa komponen yang menjadi landasan proses mendidikan generasi muda adalah suatu perkara besar dan utama demi masa depan negara sejahtera. Kita wajar mengambil kira sifat membangunkan generasi muda dengan realiti sistem pendidikan Malaysia seperti yang termaktub dalam cabaran strategik pertama wawasan negara.
INOVASI AWARD MPC PRODUCTIVITY CHAMPION : TALENT
GayongKidz Smart Training atau singkatan nama yang lebih mesra dipanggil "GayongKidz" merupakan program pengajian pensijilan kompetensi yang menarik dan bersistematik. GayongKidz dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Malaysia (AKM). GayongKidz adalah satu produk yang telah diinovasikan (re-branding & re-packging) oleh Institut Silat Seni Gayong (ISG) secara profesinal dan kompetensi agar ianya dapat membantu dan menaiktaraf kualiti pelatih dalam mewujudkan kanak-kanak berminda lestari dan cergas. Ianya juga turut membina imej jurulatih yang terlatih (bertauliah) untuk terus maju di dalam bidang "training sport" serta ianya boleh dijadikan satu kerjaya yang setara dengan guru sekolah atau pensyarah ipta di dalam negara kita. Silat Seni Gayong adalah seni bela diri atau sukan tempur yang berasal dari negara kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk memajukannya seiring dengan kebajikan jurulatih yang terlibat sepenuh masa dalam bidang ini. Program ini mengajar para pelatihnya dengan teknik gerakan dasar dan menunjukkan kemahiran tendangan, tangkisan, serta pukulan dengan tangan kosong tanpa menggunakan alat. Akhir-akhir ini olahraga Silat Seni Gayong banyak disenangi dan diminati oleh kalangan generasi muda, bahkan orang dewasa sekalipun.
Program Yang Berimpak Tinggi
Untuk membentuk generasi muda tinggi elemen-eleman adab, disiplin, sahsiah diri, jati diri, kepimpinan, motivasi, keyakinan, keberanian, setiakawan, motivasi tinggi, kerjasama berpasukan dan kecekapan kemahiran seni mempertahankan diri (mengatasi masalah budaya pembuli atau menjadi mangsa buli)
Modul-modul GayongKidz dibantu oleh Smart System eLearning Gayong Intelligence
(eGayong)
Modul GayongKidz menawarkan program pendidikan dan menghiburkan secara praktikal dan kompetensi untuk anak-anak anda memupuk pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku mereka untuk menyediakan mereka menghadapi abad ke-21.
SISTEM TALI PINGGANG GAYONGKIDZ
Sistem Tali Pinggang GayongKidz
Program Pengajian Pensijilan Kompetensi GayongKidz mempunyai ukuran pencapaian prestasi tersendiri melalui sistem tali pinggang GayongKidz yang dilestarikan dalam program ini. Program GayongKidz memiliki 7 peringkat tali pinggang yang mengukur tahap prestasi kemampuan kanak-kanak dalam bidang seni beladiri GayongKidz.
BLACK BELT GAYONGKIDZ
Anugerah Pencapaian Prestasi Pemegang Black Belt GayongKidz 🥋 akan diberikan kepada pelatih GayongKidz yang sangat kompeten dan lulus Program GayongKidz Tahap 3 dengan cemerlang. Pelatih ini memiliki pengalaman 5 tahun di dalam program GayongKidz.
SISTEM INOVASI PEMBANGUNAN PRESTASI TALI PINGGANG GAYONGKIDZ DIBANGUNKAN BERMULA PADA TAHUN 2007 DI BAWAH TADBIR URUS AKADEMI LATIHAN GAYONG (ALG)
✅ 2007 - Prototaip Pertama Kajian Program Pengajian Pensijilan Kompetensi GayongKidz Profesional.
Sistem tali pinggang chula bervariasi ini pada asal diadaptasi dari Idea PSSGM Pusat (Tuan Haji Anuar Hamid) tetapi chula hanya 1 dengan kelebaran 4 cm tetapi di Institut Silat Seni Gayong (ISG) menggunakan chula saiz standard tetapi memiliki bilangan 1-6 chula.
ALG adalah Jentera Pembangunan Inovasi PSSGM Kelantan ketika Allahyarham Tuan Haji Mansor bin Haji Othman mengendalikan PSSGM Kelantan sebagai YDP.
Tuan Haji Mansor Haji Othman juga sebagai Timbalan Imam Khalifah PSSGM Kelantan dan Wakil Mutlak Dato’ Mahaguru.
Program Inovasi ini kemudian dikembangkan dibawah Tadbir Urus Institut Silat Seni Gayong (ISG) sebagai Badan Profesional dan Akreditasi Silat Seni Gayong Berakademik & Berkemahiran.
Kini “Certification Competency Gayong Professional” di INTEGRATED dengan Modul TVET dibawah NOSS EDUCATION ET-015-3:2013 MARTIAL ARTS TRAINING yang berikan namakan (branding) sebagai GAYONGTVET.
Dibawa Modul Pembangunan GAYONGTVET ada beberapa produk atau kursus (course) Silat Seni Gayong Berakademik & Berkemahiran :
1. GayongKidz (SK)
2. Kadet Sekolah Briged Gayong Malaysia (SMK)
3. Siswazah Briged Gayong Malaysia (IPT)
4. Briged Gayong Malaysia (Sukarelawan)
Kredit : YDP PSSGM Kelantan, Tuan Haji Mansor Haji Othman atau panggilan mesra sebagai Tok Ayah Sor merasmikan dan menyampaikan Inovasi Tali Pinggang untuk Kanak-Kanak (GAYONGKIDZ) pada tahun 2007 di Pusat Latihan Tertinggi PSSGM Kelantan (Kg. Hutan Buloh, Melor)
🤲🏻 Al-Fatihah untuk Tok Ayah Sor, Kembali Kerahmatullah Tahun 2015.
www.egayong.com
Unit Pembangunan Institut Silat Seni Gayong (ISG)
KITA SATU, KERANA BERSATU!
KEMASUKAN PELATIH BARU DI TAHUN 2024
Permohonan GayongKidz Batch 4 mula dibuka pada 11 Disember 2023 bagi kemasukan sesi 1, Januari 2024.