Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
Kejurulatihan dan Pelesenan (Kerjaya Profesional)
Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan inilah selalunya sesebuah organisasi akan sentiasa membawa para pekerja mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.
Team Building atau Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara para peserta untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan secara bersama.
Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka.
Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
PENGENALAN
Kursus Team Building adalah bertujuan bagi membentuk satu budaya kerja yang sihat di kalangan Pengurus, penyelia dan pekerja untuk mencapai produktiviti cemerlang. Bekerja dalam semangat berpasukan adalah tema utama. Pendedahan kepada konsep tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan nadi kepada Team Building. Kursus ini akan mendedahkan peserta kepada sikap kepimpinan dan membentuk sikap “suka pada kerja”, bertanggungjawab, melahirkan pekerja dan pemimpin yang kreatif, inovatif dan berani mengeluarkan idea bagi mencapai aspirasi organisasi.
OBJEKTIF
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
INSTITUT SILAT SENI GAYONG (ISG) berusaha melahirkan rakyat Malaysia (khususnya jurulatih ISG) yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
RASIONAL
Setiap pelatih mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor. Pelatih masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
Program ini memadankan dan menghubungkan pengasas pemula muda (mentee) dengan pakar industri dan mentor usahawan (trainerprenuer) berpengalaman dari dalam negara melengkapkan pengasas pemula muda terbabit dengan ilmu pengetahuan tentang keusahawanan selain memberi maklum balas mengenai pelan dan idea perniagaan mereka untuk membina usahawan yang cekal dan tahan lama.