Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
PROGRAM BERIMPAK TINGGI - GAYONGKIDZ
Program Pengajian Pensijilan Kompetensi Silat Seni Gayong Berakademik & Berkemahiran (GayongKidz) merupakan salah satu produk inovasi Institut Silat Seni Gayong (ISG) bagi Plan Strategik Pembangunan Murid Sekolah Rendah yang dirangka selari dengan Dasar Pendidikan Negara untuk melahirkan serta mendidik generasi muda yang berkualiti untuk masa depan negara.
Modul Program Pengajian Pensijilan Kompetensi GayongKidz sangat memberi rangsangan berimpak tinggi kepada Pembangunan IQ dan Jati Diri murid. Modul Plan Strategik Pembangunan Murid ini telah dikemukan dalam program pengiktirafan pensijilan di peringkat MPC (Malaysia Productivity Corporation) dan telah mendapat PENGIKTIRAFAN MPC PRODUCTIVITI CHAMPION kategori : TALENT pada 09 Februari 2023 yang lalu.
GayongKidz mempunyai modul-modul berkompetensi dalam pembentukan jati diri, sahsiah diri terpuji, motivasi, latihan pembinaan disiplin diri, kepimpinan dan penguasaan seni mempertahankan diri yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
ANUGERAH JUNIOR BLACK BELT GAYONGKIDZ
Junior Black Belt GayongKidz adalah salah satu INOVASI ISG dalam memastikan penyertaan dari kanak-kanak di sekolah rendah terus bertahan di dalam Program Pengajian Pensijilan Kompetensi Silat Seni Gayong Berakademik dan Berkemahiran. ISG adalah Badan Profesional, Kesarjanaan dan Akreditasi Silat Seni Gayong Berakademik dan Berkemahiran yang bertanggungjawab untuk memastikan Silat Seni Gayong terus berkembang jauh dengan pengiktirafan kerajaan melalui agensi-agensi berkaiatan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), Malaysia Productivity Corporation (MPC), MyIPO, dan UMK selaku Rakan Strategik Institut Silat Seni Gayong (ISG) dalam mengaji dan membangun produk berimpak tinggi di dalam Plan Strategik Pembangunan Pelajar dan Murid seiringan dengan Dasar Pendidikan Negara.
TAWARAN SEBAGAI RAKAN STRATEGIK ISG
ISG menawarkan MOU sebagai Rakan Strategik ISG dalam menganjurkan Program Pengajian Pensijilan Kompetensi Silat Seni Gayong Berakademik dan Berkemahiran khususnya 3 program utama ISG iaitu :
Kemajuan Gayong Di Abad 21
Apa itu Industry Revolusion (IR) 4.0?
REVOLUSI Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.
Semua pihak perlu memastikan pembangunan inklusif dalam rentak revolusi perindustrian keempat. Umat Islam sewajarnya lebih peka dan bersedia kerana semua teknologi yang sedang pesat berkem- bang ini telah disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW antara lain memberi maksud bahawa suasana suatu zaman yang masanya menjadi singkat, jarak sudah menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi lebih rapat (berdasarkan hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi).
Seiring dengan kefahaman ini, semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial dan sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia turut berev- olusi dan tidak statik dengan pendekatan tradisi dalam kehidupan.
Pendekatan Revolusi Perindustrian Keempat atau IR 4.0 yang baharu perlu diguna pakai dalam menangani dan mendepani era cabaran pandemik ini yang tidak diketahui di mana penghujungnya.
IR 4.0 bukanlah satu teknologi tetapi merupakan satu pendekatan yang menggunakan segala jenis teknologi terutama teknologi digital dalam penyediaan pelantar digital untuk kegunaan orang ramai dalam pelbagai bidang secara automatik, tanpa had masa dan tempat dan kendiri.
Segala bidang seperti pendidikan, kesihatan, perindustrian, pertanian, perniagaan, perbankan, pela- buran dan perkhidmatan awam di Malaysia perlu digerakkan dengan lebih dinamik lagi di era pande- mik wabak COVID-19 ini.
Berdasarkan kepada senario fasa-fasa perubahan yang berlaku dalam revolusi perindustrian ini umumnya, dan yang lebih menjurus kepada IR. 4.0 khususnya, umat Islam (kita) diseru untuk meningkatkan keberanian di samping kewaspadaan, dalam menerokai dan mengisi teknologi masa depan ini dalam konteks kemaslahatan yang akan mendatangkan lebih banyak kebaikan dan man- faat kepada manusia lain, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memperbaiki amalan yang boleh meningkatkan ketakwaaan dan kehambaan kepada Allah SWT serta menjauhkan kerosakan dan dosa.
ISG sebagai Badan Profesional, Kesarjanaan dan Akreditasi Silat Seni Gayong Berakademik men- gambil TANGGUNGJAWAB untuk MENYAHUT KESARJANAAN GAYONG yang dalam zaman kemajuan ini
Pakej Latihan Anjuran Institut Silat Seni Gayong (ISG)
Peranan pasukan perubatan, sains sukan pacu prestasi atlet Gayong. Sukan tempur seperti silat, karate, taekwondo, judo, jiujitsu dan kurash serta berbasikal lebuh raya, berbasikal bukit dan bola sepak adalah antara sukan memerlukan perhatian kerana risiko kecederaan tinggi. Kecederaan ini kadang-kadang tak kenal apa jenis sukan, sukan lain pun ada risiko seperti gimnastik dan wusyu. Walaupun risiko rendah sikit, masih ada risiko. Antara fasiliti disediakan adalah rawatan kecemasan, kecederaan, perubatan, ultrabunyi, urutan sukan, pembantuan pemulihan, recovery boots dan mandian ais. ISG mengakui aspek perubatan sukan dan sains sukan saling berkaitan dalam memastikan prestasi atlet berada pada tahap terbaik. Unit ini sangat penting untuk memastikan kita memberi rawatan terbaik dan cepat, selain membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan pemulihan atlet.