Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
IMPIAN SEORANG PEJUANG
Institut Silat Seni Gayong atau ringkasan di panggil Pusat Pengajian ISG Malaysia atau ISG. ISG telah dirangka untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi Silat Seni Gayong Berakademik setaraf universiti (IPTA). ISG juga di rancang untuk menjadi satu Badan Profesional, Kesarjanaan dan Akreditasi Silat Seni Gayong Berakademik.
ISG bukanlah satu perkara yang baru diwujudkan dalam perjalanan dan perkembangan Silat Seni Gayong. ISG adalah satu entiti yang dibangunkan semula (dihidupkan semula dan dilestarikan) dari usaha Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman sewaktu beliau menubuhkan Sekolah Seni Gayong atau Seni Gayong School atau Institute Seni Gayong of Woodlands di Singapura pada tahun 1957 yang lalu. Institut ini berjaya mengeluarkan pelatih lepasan Sijil dan Diploma Seni Gayong yang pertama pada tahun 1961.
Sekolah Seni Gayong atau Seni Gayong School atau Institute Silat Seni Gayong yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman (ADMAR) di Singapura adalah bertujuan untuk memartabatkan Silat Seni Gayong ke arah yang lebih maju dan bertaraf antara- bangsa.
Seni Gayong School dirangka oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menjadi sebuah kolej atau universiti Silat Seni Gayong yang menganjurkan program pengajian Sijil dan Diploma dalam bidang Silat Seni Gayong.
Seni Gayong School juga dijadikan sebagai Pusat Latihan Tertinggi yang pertama di Tanah Melayu. Pusat latihan ini berjaya melatih anak-anak bangsa Melayu menjadi Guru-Guru Leg- enda dalam arena persilatan di Tanah Melayu.
Menurut rekod perkembangan sejarah Silat Seni Gayong di seluruh negara banyak di bantu dan di kembangkan oleh para anak-anak Gayong lepas Diploma of Seni Gayong School. Ini membuktikan secara fakta bahawa program pengajian Sijil dan Diploma of Seni Gayong School jelas dan terbukti kejayaannya. Hasil dari kajian ini maka, keperluan untuk menghidupkan semula sistem pengajian ini amat penting untuk melestarikan Silat Seni Gayong ke arah yang lebih baik di zaman kemajuan ini.
Pada zaman kemajuan ini ISG mengambil amanah ini untuk melestarikan dan mensarjanakan Silat Seni Gayong seiring dengan dasar falsafah Silat Seni Gayong yang diperkenalkan oleh Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri.
Dasar falsafah ini diperkuatkan dengan kehendak Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengawal Kualiti Pendidikan Negara dan Kementerian Dalam Negeri sebagai agensi yang mengawalselia keselamatan negara.
ISG komited untuk menerajui dan tekad untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Silat Seni Gayong Berakademik yang bersedia mengadakan apa sahaja bentuk kerjasama dengan kementerian-kementerian yang terlibat untuk memartabatkan seni warisan bangsa ini sebagai pelopor kemajuan pendidikan pembangunan jati diri anak watan.
Program-program pengajian pensijilan seperti diploma, sarjana muda, sarjana dan sarjana kedoktoran dalam bidang ini harus dilestarikan agar bangsa kita maju dan berdaya saing setara peringkat antarabangsa.
VISI
Menjadi Universiti Silat Seni Gayong primier di rantau ini untuk falsafah, pendidikan, latihan dan kelestarian ilmu kepahlawanan bangsa Melayu.
MISI
Sebagai sebuah institusi seni warisan bangsa yang berdedikasi untuk membangun jati diri tinggi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan pendidikan modal insan berkualiti untuk generasi muda.
OBJEKTIF
Kluster PROFESIONAL berperanan membangunkan modul dan melaksanakan program berkaitan amalan nilai dan etika serta semangat patriotisme untuk generasi muda. Selain itu, Kluster ini juga berperanan membangunkan modul dan menjalankan penilaian seperti Modul INTAN yang melatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Ilmu dan kemahiran berkaitan nilai, etika dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda serta pembangunan kompetensi PTD amat signifikan bagi melahirkan mahasiswa dan generasi juda yang berintegriti, berakauntabiliti dan berketerampilan.
MATLAMAT
Menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Silat Seni Gayong Berakademik.
Bertanggungjawab mendidik dan membangunan program pembangunan jati diri dari seni warisan bangsa Melayu.
Mengawalselia program pengajian Pasukan Badan Beruniform Briged Gayong Malaysia di peringkat sukarelawan, IPTA dan kadet sekolah Briged Gayong.
Membuat kajian dan penyelidikan sejarah perkembangan Silat Seni Gayong di Tanah Melayu dan Serantau. Sebagai pusat perpustakaan dan simpanan dokumentasi.
Mewujudkan buku-buku teks, panduan modul pengajian, pakaian dan perundangan serta segala yang berkaitan bagi rujukan program pengajian BGM.
Menganjurkan program pengajian pensijilan seperti sijil profesional, diploma eksekutif Gayong, sarjana muda, sarjana dan sarjana lanjutan kedoktoran dalam bidang Silat Seni Gayong Berakademik dengan kerjasama universiti awam.
Membangun ekonomi ISG dan BGM secara terancang dan bersistematik.
Mengumpul tokoh-tokoh, cendekiawan, pegawai tertinggi kerajaan, korporat dll.
Bertindak dan tekad untuk menjadi badan profesional (kesarjanaan) dan akreditasi Silat Seni Gayong Berakademik.