02/10/2026 - 16/10/2026 (0 hari lagi)

🤲Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dunia persilatan tanah air kehilangan seorang tokoh yang amat disegani dengan pemergian Allahyarham Cikgu Badek Ruzaman, putera kepada pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada seluruh warga Gayong dan pencinta seni bela diri Melayu.
🕊️ Sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah jemu menabur bakti, masa dan tenaga demi memelihara serta mempertahankan keaslian warisan seni bela diri bangsa. Ilmu dan teladan yang ditinggalkannya akan terus hidup dalam diri anak-anak murid yang pernah dididiknya.
🤝 Setiap ringgit yang dihulurkan bukan sekadar sumbangan kewangan, tetapi lambang solidariti, kasih sayang dan penghormatan terakhir kita kepada seorang guru yang amat dihormati. Semoga sumbangan ikhlas ini menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir buat Allahyarham.
Pihak eGayong telah berurusan dengan anakandanya arwah Cg Badek iaitu Nadya binti Badek Ruzaman untuk melancarkan TABUNG SUMBANGAN INI.
✨ Marilah kita bersama-sama meringankan ujian yang sedang dihadapi oleh keluarga beliau.
Al-Fatihah. 🤲
06/10/2026 08:09 AM
03/10/2026 03:31 PM
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMATNYA
03/10/2026 01:04 PM
03/10/2026 11:47 AM
Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan org2 beriman..
03/10/2026 11:15 AM
salam takziah moga keluarga kuat dan tabah
03/10/2026 10:46 AM
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.
03/10/2026 10:20 AM
03/10/2026 10:12 AM
03/10/2026 10:12 AM
03/10/2026 09:55 AM
Portal eGayong Diuruskan oleh:
PUSAT PENGAJIAN ISG MALAYSIA
KOMPLEKS PERNIAGAAN SAIDINA ALI KOK LANAS 16450 KETEREH KELANTAN.