9 - 13 Feb 2025, Kolej Gayong TVET, Kok Lanas.
Manfaat Program Kelas Latihan Silat Khas Kanak-Kanak Sempena Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak Anda!
1. Membentuk Jati Diri Anak-Anak
Program ini memupuk rasa bangga terhadap warisan budaya Melayu sambil membina identiti yang kukuh.
2. Disiplin dan Adab Terpuji
Latihan silat menerapkan nilai adab dan disiplin yang tinggi, membentuk anak-anak menjadi insan berakhlak mulia.
3. Keselamatan dan Pertahanan Diri
Anak-anak dilatih teknik asas mempertahankan diri untuk keselamatan mereka dalam situasi tidak diduga.
4. Kecergasan Fizikal dan Mental
Aktiviti fizikal dalam latihan meningkatkan tahap kecergasan, stamina, dan daya tahan mental.
5. Keyakinan Diri dan Keberanian
Melalui latihan intensif, anak-anak akan lebih yakin untuk berdepan cabaran dalam kehidupan.
6. Pemimpin Masa Depan
Program ini menyelitkan elemen kepimpinan untuk membina generasi muda yang bertanggungjawab dan berkarisma.
7. Cuti Sekolah yang Produktif
Waktu cuti diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan, jauh dari pengaruh negatif.
8. Modul TVET untuk Persediaan Awal
Pendedahan awal kepada asas kemahiran teknikal dan vokasional yang boleh menjadi laluan masa depan mereka.
💪 Sertai Program Ini untuk Melihat Perubahan Positif dalam Anak-Anak Anda!
📅 09 - 13 Februari 2025
📍 Kok Lanas, Kolej Gayong TVET
🌟 Anak Cemerlang, Warisan Terbilang!
Minta tuan/puan terus mendaftar di link tersebut 👇🏻👇🏻👇🏻
📌 https://egayong.com/kursus/view?id=83
Yuran RM150.00 adalah untuk kursus, tenaga pengajar, sijil dan modul kursus serta penginapan sahaja.
Untuk makan minum pihak IbuBapa boleh buat pilihan untuk sediakan sendiri atau kami uruskan.
Jika ingin kami uruskan makan minum seperti berikut :
1. MAKAN MINUM PAGI :
- Sarapan awal pagi RM3.00
- Minum + makan ringan pagi jam 11pg RM2
2. MAKAN MINUM TENGAHARI
- Makan + minum tengahari RM8.00
- Makan minum petang jam 5ptg RM2
3. MAKAN MINUM MALAM.
- Makan malam RM8.00
- Minum malam jam 11mlm RM2
- Lain-lain persediaan seperti barangan first-aid, penyembur nyamuk dll RM5
JUMLAH RM30.00 X 5 = RM150.00
Pakej | Yuran | Nota |
---|---|---|
Kursus Sahaja. | RM150.00 | Tidak termasuk makan minum. |
Kursus Lengkap | RM300.00 | Termasuk makan minum. |
Khas GayongKidz HQ | RM80.00 | Tidak termasuk makan minum. |