9 - 11 Jan 2025, UMK KAMPUS BACHOK
Ujian kemahiran lencana Pra Awan Putih ini merupakan pencapaian Kadet BGM UMK dalam Tempur Tanpa Senjata.
Ujian Prestasi Lencana dan Bengkong Pra Awan Putih.
Ujian prestasi ini merupakan salah satu kaedah untuk mengukur kemampuan kadet-kadet Pasukan Beruniform Siswazah Briged Gayong Malaysia (BGM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam Modul TVET Martial Arts.
Ia termasuk dalam 7 Modul Utama BGM, khususnya di bawah komponen Ilmu dan Pendidikan serta Falsafah Silat Seni Gayong Berakademik dan Berkemahiran.
Ujian ini juga bertujuan sebagai persediaan awal untuk semua kadet BGM bagi melayakkan mereka mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Melalui laluan ini, kadet berpeluang melanjutkan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi seperti:
• Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4, dan
• Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 di masa hadapan.
Ujian prestasi ini adalah langkah penting dalam membentuk kemahiran dan pengetahuan berteraskan Silat Seni Gayong yang dinaiktaraf sebagai TVET GAYONG, selari dengan matlamat BGM untuk melahirkan kadet yang berakademik, berkemahiran, dan berintegriti tinggi.
Portal eGayong Diuruskan oleh:
PUSAT PENGAJIAN ISG MALAYSIA
KOMPLEKS PERNIAGAAN SAIDINA ALI KOK LANAS 16450 KETEREH KELANTAN.