20 - 30 Jun 2024, UMK
Ujian Kenaikan Bengkong Pelangi Hijau dijalankan untuk menilai prestasi para pesilat (Pegawai Kadet Kanan BGM) yang telah tamat sekurang-kurangnya 200 jam latihan Briged Gayong mengikut peringkat Lencana Pelangi Hijau Pasukan Beruniform Siswazah Briged Gayong Malaysia (BGM) Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Sebelum Pegawai Kadet BGM menjalani Ujian. Mereka mesti melalui tapisan dan lulus syarat yang telah ditetapkan, iaitu Pegawai Kadet BGM akan dilatih secara intensif sebagai persediaan akhir sebelum menduduki ujian ini. Sekiranya mereka lulus di dalam ujian ini maka mereka ditauliahkan untuk memakai bengkong kemahiran Pelangi Hijau dan boleh dicalonkan sebagai Pembantu Jurulatih.
Tujuan penggunaan bengkong dalam Pasukan Siswazah Briged Gayong Malaysia adalah untuk mengklasifikasikan tahap pencapaian seseorang kadet / pelajar / pesilat mengikut peringkat-peringkat pelajaran yang telah disusun dengan begitu rapi dalam silibus standard mata pelajaran Briged Gayong Malaysia.
Selepas lulus ujian ini, mereka diberikan satu tempoh untuk meneruskan latihan mereka sehingga layak untuk diuji ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap kenaikan peringkat kenaikan Bengkong, Kadet BGM perlu menjalani ujian kenaikan yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperikaan Briged Gayong Malaysia.
Sijil Pencapaian Bengkong Pelangi Hijau BGM ini sah dan laku untuk memohon Skim Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dibawah Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) pada masa akan datang apabila syarat-syarat yang digariskan dicapai.
Yang mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 laku serta diiktiraf untuk memohon bekerja dalam agensi kerajaan dalam bidang yang berkelayakan dan berkaitan.
Ujian Pra Pembantu Jurulatih Pasukan Berunifrom Siswazah Briged Gayong Malaysia, UMK