23 Dec 2023, Kolej Gayong
Ujian Kenaikan Bengkong Pra Pelangi Merah dijalankan untuk menilai prestasi para pesilat (Pegawai Kadet Kanan BGM) yang telah tamat sekurang-kurangnya 300 jam latihan Briged Gayong mengikut peringkat Lencana Pra Pelangi Merah Pasukan Beruniform Siswazah Briged Gayong Malaysia (BGM) Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Sebelum Pegawai Kadet Kanan BGM menjalani Ujian. Mereka mesti melalui tapisan dan lulus syarat yang telah ditetapkan, iaitu Pegawai Kadet Kanan BGM akan dilatih secara intensif sebagai persediaan akhir sebelum menduduki ujian ini. Sekiranya mereka lulus di dalam ujian ini maka mereka ditauliahkan untuk memakai bengkong kemahiran Pra Pelangi Merah dan boleh dicalonkan sebagai Jurulatih.
Tujuan penggunaan bengkong dalam Pasukan Siswazah Briged Gayong Malaysia adalah untuk mengklasifikasikan tahap pencapaian seseorang kadet / pelajar / pesilat mengikut peringkat-peringkat pelajaran yang telah disusun dengan begitu rapi dalam silibus standard mata pelajaran Briged Gayong Malaysia.
Selepas lulus ujian ini, mereka diberikan satu tempoh untuk meneruskan latihan mereka sehingga layak untuk diuji ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap kenaikan peringkat kenaikan Bengkong, Kadet BGM perlu menjalani ujian kenaikan yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperikaan Briged Gayong Malaysia.
Sijil Pencapaian Bengkong Pra Pelangi Merah BGM ini sah dan laku untuk memohon Skim Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dibawah Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Bidang Latihan Seni Beladiri Tahap 3.
Yang mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 laku serta diiktiraf untuk memohon bekerja dalam agensi kerajaan dalam bidang yang berkelayakan dan berkaitan.
Portal eGayong Diuruskan oleh:
PUSAT PENGAJIAN ISG MALAYSIA
KOMPLEKS PERNIAGAAN SAIDINA ALI KOK LANAS 16450 KETEREH KELANTAN.