5 - 15 Oct 2024, Surau JPS Ampang
Seseorang atau sesiapa atau sahaja yang berminat untuk belajar Silat Seni Gayong dikehendaki untuk menjalani upacara Majlis Adat Istiadat Perlimau Tapak (lelaki) atau Perlimau Seni (wanita). Mereka yang telah melalui adat istiadat ini dengan rasminy akan bergelar sebagai murid Silat Seni Gayong atau murid Gayong. Dengan memenuhi syarat ini maka berhaklah mereka untuk mempelajari ilmu persilatannya melengkapkan dirinya dengan bengkung pelajaran dan memakai sandang jika dilantik memegang jawatan-jawatan adat.
Dari situ, Murid Gayong tersebut akan mula mempelajari ilmu Silat Seni Gayong peringkat tangan kosong yang dikenali dengan ‘TAPAK GAYONG’.
Apabila tamat mempelajari ‘TAPAK GAYONG’, peringkat kedua dalam ilmu Silat Seni Gayong seterusnya adalah pelajaran senjata tradisional Melayu yang dikenali dengan ‘SENI GAYONG’.
Sebelum mempelajari Ilmu Seni Gayong, maka murid Gayong itu perlu menjalani satu lagi upacara iaitu upacara Majlis Adat Istiadat Perlimau Seni. Setelah selesai sahaja, Murid Gayong boleh bermula mempelajari pelajaran senjata yang ada di dalam Silat Seni Gayong.
1. Akad
2. Doa Selamat
3. Ikrar
4. Mandi
Majlis Adat Istiadat Perlimau Tapak adalah satu upacara menerima kemasukan ahli baru dengan menerapkan beberapa syarat iaitu lafaz ikrar janji taat setia, selain melalui proses adat yang sebenarnya hanya satu simbolik orang Melayu.
Intipati Adat Istiadat Perlimau Tapak ini adalah Majlis Ikrar. Elemen ini sebenarnya proses penting menerima ahli baru. Ahli perlu berjanji mengaku taat setia sebagai anak Gayong kepada Allah, agama, raja-raja Melayu, pemimpin, guru, ibu bapa dan sesama ahli.