Komuniti 1 Juta Anak-anak Gayong
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUN PERSEFAHAMAN (MOU)
ANTARA INSTITUT SILAT SENI GAYONG (ISG) DENGAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera,
YBHG. PROF. DR. RAZLI BIN CHE RAZAK, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.
YBHG. PROF. DR. NIK MAHERAN BINTI NIK MUHAMMAD, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Kelantan.
YBRS. TS. RAZMAN HAFIFI BIN REDZUAN, Ketua MoU ISG-UMK.
YBHG. PROF. MADYA. DR. MOHD NOR HAKIMIN BIN YUSOFF, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan merangkap ahli majlis kehormat ISG, beliau hubungi saya bahawa beliau tidak dapat hadir kerana kontak rapat.
YDH. TUAN ACP SHEIK AZHAR BIN SHEIK OMAR, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan merangkap Ahli Majlis Kehormat ISG
Para Pengurusan Tertinggi UMK, wakil Silat Gayong khasnya Tokoh Tokoh Gayong yang hadir pada malam ini serta Pengurusan Tertinggi Badan Beruniform Briged Gayong Malaysia.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, dapatlah kita bersama-sama di majlis menandatangani MoU antara Institut Silat Seni Gayong Malaysia (ISG) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan buat julung-julung kalinya.
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan di atas kesudian YBHG. PROF. DR. RAZLI BIN CHE RAZAK, Naib Canselor UMK dan YBHG. PROF. DR. NIK MAHERAN BINTI NIK MUHAMMAD, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK kerana sudi hadir dan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Institut Silat Seni Gayong (ISG).
Para hadirin yang dihormati sekalian,
ISG adalah sebuah badan profesional yang ditubuhkan bagi mensarjanakan warisan dan khazanah bangsa iaitu Silat Seni Gayong melalui kaedah pengajaran secara akademik serta pendekatan pembelajaran secara TVET. Struktur pembangunan modul ISG adalah berdasarkan penyelidikan dan serta kajian ilmu dan kitab-kitab lama yang dilestarikan mengikut tunjang keperluan dan peredaran zaman. Salah satu produk yang terhasil daripada ISG adalah Badan Beruniform Briged Gayong Malaysia yang mana telah diangkat sebagai badan beruniform dimana penubuhannya tertakluk dibawah Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Sehubungan dengan itu, tertempa lah sejarah, kewujudan dan penubuhan, Briged Gayong Yang Pertama di Malaysia, dipelopori oleh UMK sebagai institusi perintis. Bukan itu sahaja, Briged Gayong Malaysia telah mendapat mandat untuk dilebarkan cawangannya di seluruh institut pengajian tinggi di Malaysia, dan tiga universiti terawal yang dijangka akan menyusuli adalah Kolej Universiti Islam Melaka di ketuai oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Hj. Mohamad Nasir, Universiti Putra Malaysia diterajui oleh YBrs. Tuan Idris Syafie dan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor diungguli oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Noor Abdul Samad.
Hadirin Hadirat sekalian,
Briged Gayong Malaysia telahpun mendapat sokongan penuh daripada YBHG. PROF.DR. RAZLI BIN CHE RAZAK, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, yang ketika itu memegang portfolio sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), untuk menjadikan BGM sebuah badan beruniform yang mempunyai 6 jam kredit dan akan mula ditawarkan pada semester september tahun ini.
Sepanjang 4 tahun BGM bertapak di UMK, BGM telahpun berjaya merangkul beberapa anugerah dari dalam dan luar negara sebagai pengiktirafan kepada idea inovasi yang luar biasa ini. Pada tahun 2019, BGM telah berjaya merangkul Gold Awardyang pertama melalui Pertandingan ETelic yang dianjurkan oleh UMK dengan mengetengahkan Briged Gayong Malaysia itu sendiri sebagai inovasi pengajian dan pembelajaran.
Pada Tahun 2021, BGM telah berjaya merangkul sebuah lagi Gold Award, melalui International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2021, dengan mengetengahkan Briged Gayong Malaysia sebagai inovasi dengan nilai tambah, centralized smart system e-BGM bagi memenuhi jurang disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Yang paling terkini, BGM telah berjaya merangkul Gold Award di peringkat Antarabangsa melalui Asia International Innovation Exhibition Aiinex, bukan itu sahaja BGM juga berjaya merangkul sekali Grand Award di sesi yang sama dalam pertandingan tersebut.
Dengan doa serta pencapaian yang diperolehi, baru-baru ini, kami telah dilamar oleh syarikat penerbitan yang berpusat di United State of America, Immersion Foundation; untuk bekerjasama menerbitkan buku ‘Art of Stick by Local Martial Art’.
Justeru, jalinan kerjasama UMK bersama ISG ini dilihat bertepatan dimana kedua – dua organisasi profesional ini dapat memainkan peranan masing – masing dengan baik sekali.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak, yang menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dengan itu, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ucapan dari Ketua Eksekutif Institut Silat Seni Gayong (ISG)