9 - 18 Feb 2024, Kolej GayongTVET
KEM INTENSIF DAN KEPIMPINAN
Kem ini dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi dam kemahiran agar lebih mantap dan menyerlah. Penganjuran program atau kem motivasi adalah ia membuka mata dan minda pelajar tentang kepentingan motivasi diri. Faedah lain yang akan diperoleh pelajar apabila menyertai program motivasi adalah membentuk disiplin diri. Pada masa yang sama, semangat kepimpinan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar jika mereka menyertai program motivasi diri. Nilai kepimpinan diri seharusnya dimiliki oleh setiap individu menjelang kedewasaan kerana semakin kita membesar, semakin banyak tanggungjawab dan amanah yang akan dipikul dan perlu dilunaskan dengan baik. Faedah-Faedah Menyertai Program Kem Intensif Latihan, Kepimpinan dan Motivasi Kepada Pelajar.
Dengan adanya kepimpinan diri yang tinggi pelajar akan mengutamakan perkara yang mustahak berbanding perkara remeh dan yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Pelajar perlu meningkatkan keyakinan diri untuk menyumbang tenaga dan idea bagi menjayakan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan. Setelah meningkatkan tahap keyakinan, pelajar juga akan didedahkan untuk menyampaikan persembahan atau bercakap dihadapan khalayak ramai. Dengan bimbingan dan dorongan daripada fasilitator para pelajar pasti dapat memecahakan tembok yang sebelum ini menjadi penghalang kepada mereka dan tampil dengan sifat dan sikap yang lebih positif.
Pakej | Yuran | Nota |
---|---|---|
GayongKidz | RM50.00 | Tadbir Urus + Latihan + Sijil dan Fasilitator. |
Briged Gayong Malaysia UMK | RM50.00 | Tadbir Urus + Latihan + Sijil dan Fasilitator. |
Pelatih Kanak-Kanak Luar | RM100.00 | Tadbir Urus + Latihan + Sijil dan Fasilitator. |
Dewasa | RM150.00 | Tadbir Urus + Latihan + Sijil dan Fasilitator. |